Jom Kenali Personaliti Wanita Melalui Jam Tangan

Setiap orang memiliki personaliti yang berbeza, jika ada persamaannya mungkin hanya 10 atau 20 peratus sahaja. Sering kita mendengar perwatakkan seseorang melalui tidur, melalui warna kesukaan dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa perwatakkan anda juga boleh dibaca melalui gaya pemakain jam tangan. Belah tangan mana yang anda suka pakai jam, itulah menunjukkan personaliti diri anda. Jom kita lihat.

Jam Tangan Pada Tangan Kanan

Mereka yang suka memakai jam tangan pada tangan kanan sering dikatakan seorang yang keras kepala, Seorang yang kuat memberontak. Mereka tidak suka diarah orang untuk melakukan sesutu kerja, mereka seorang yang sangat teliti.
Dalam bab cinta pula, mereka dikatakan cukup setia. Jadi beruntunglah anda jika pasangan anda memakai jam tangan pada tangan kanan. Hati kering yang tak kisah orang nak marah atau kena maki.
Garang tapi manja dengan yang tersayang, Suka menyendiri bila ada masalah. Sangat Suka tolong orang dalam kesusahan, sangat baik hati dan tidak memilih kawan.

Jam Tangan Pada Tangan Kiri

Mereka yang suka memakai jam pada tangan kiri sememangnya memiliki hati lembut. Jika dalam keadaan marah, mereka mungkin cepat panas tetapi cepat sejuk dan reda.
Seorang yang sangat suka bergurau dan membuat lawak bodoh. Walaupun begitu, mereka nampak sangat ceria dan sering tersenyum walau apa pun masalah yang dihadapi.
Pantang dicabar tetapi fikirannya sangat sukar difahami oleh orang lain ataupun perangai pelik.
Bila dia marah, dia akan hancurkan benda-benda yang ada disekelilingnya tetapi dia hanya marah pada orang yang buat hal dengan dia sahaja dan tidak melibatkan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mengatasi Notifikasi Cookie Uni Eropa Pada Dashboard

8 ORANG PALING ISNPIRATIF DI BERBAGAI DUNIA

Trip budget main snow