Orang Yang Kurang Kawan Hidup Lebih Bahagia, Mewah. Betul ke?

Kajian
mendapati, ramai kawan boleh beri kesan buruk pada kesihatan dan kebahagiaan
anda.
Yelah,
nak jaga hati kawan, nak pastikan kawan sentiasa bersama. Ia sekaligus buatkan
anda lupa tentang diri sendiri kerana pentingkan populariti. Anda akan jadi
tidak gembira, tidak sihat dan lebih tertekan. Lebih kurang kawan, buatkan anda
bahagia & hidup lebih mewah dan tenang je tau. Itu bagi Hermosa lah tak
tahu pula orang lain kan entah-entah meroyan takde kawan .
Hermosa
sebenarnya pun lebih suka sendiri-sendiri tapi tak loneliness okay! Dan hermosa
pun rahsiakan banyak hal dari kawan-kawan yalah sebelum ni pun Hermosa pernah
kerja banyak kawan juga tapi lama kelamaan tu jadi tak indah hidup Hermosa dengan
kawan ramai so Hermosa slowly change the circle of friends just keep a quality
friend je. Ah ah ah meroyan pula Hermosa ni pasal diri sendiri ye hehe sorry
good people.
Okay! Here
we back the topic.
Apabila
kurang kawan, anda tak perlu fikirkan tentang diri mereka sahaja dan tak perlu
takut jika kehilangan mereka. Kawan sebenar akan sentiasa ada ketika senang
atau susah. Percaya tak jika kami katakan, kurang kawan buatkan anda lebih
kaya? Setiap kali anda keluar bersama kawan, berapa banyak yang anda
belanjakan?
Daripada
anda belanjakan bersama kawan setiap hari, bukankah lebih baik jika anda
menyimpan. Tanpa sedar, boleh jadi kaya.
Ciri-ciri
kawan yang anda perlu jauhi
1. Iri
hati
Dia
seorang yang dengki dan tidak boleh tengok anda lebih daripadanya sama ada dari
segi harta benda dan sebagainya. Dia akan berusaha supaya dia nampak 'lebih'
daripada anda contohnya bila anda pakai gelang emas baharu. Tidak lama kemudian
dia juga akan membeli gelang emas yang lebih besar berbanding anda.
2.
Selalu mencari kesalahan rakan sendiri
Rakan
'palsu' akan selalu mencari kesilapan dan cuba menyaingi anda dalam semua
perkara. Kenapa? sebab dia merasakan dirinya sahaja yang betul dan tepat dari
segi perbuatan, percakapan dan sebagainya.
3. Ego
Seorang
kawan palsu sentiasa menunjukkan ego yang tinggi dan dia tidak akan sekali-kali
mengalah. Walaupun menyedari kesilapannya, dia tidak akan meminta maaf atau
mengaku silapnya sendiri. Malah dia akan tetap mempertahankannya.
4.
Menghilangkan diri saat diperlukan
Seboleh-bolehnya
dia akan mengelakkan diri daripada membantu anda. Pelbagai alasan akan diberi.
Mungkin sekali boleh diterima tetapi jika berpuluh kali, abaikan sahabat
demikian.
5.
Berbohong
Kawan
jenis ini kerap berbohong untuk menutup kekurangan dirinya. Dia
seboleh-bolehnya tidak mahu mengaku kalah. Bila bercerita dia punya
segala-galanya dari segi kekayaan, kecantikan dan lain-lain.
6. Suka
menunjuk kelebihan sendiri
Dia
gemar berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya untuk mendapat
perhatian anda. Bahkan dia akan berbohong untuk menyenangkan hati anda.
7.
Pengkhianat
Ciri
ini paling berbahaya kerana dia jenis bermuka-muka. Elakkan berkongsi segala
masalah peribadi kepadanya, kawan jenis ini akan bercerita keburukan anda
kepada orang lain dan begitu juga sebaliknya. Dia juga bukan seorang yang jujur
dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Hati-hati ya!
Jadi,
jangan terlalu percaya kepada kawan anda yang mempunyai ciri-ciri ini ya. Nanti
anda sendiri yang sakit hati! Kalau boleh learn to avoid negative people okay
jangan biar jadi virus dalam hidup ok.
Comments
Post a Comment